Saturday, August 1, 2009

Prof Dr Chan Ngai Weng dianugerahkan Darjah Johan Negeri (DJN) oleh TYT Gabenor Pulau Pinang 11 Julai 2009

Prof Dr Chan Ngai Weng dianugerahkan Darjah Johan Negeri (DJN) oleh TYT Gabenor Pulau Pinang pada 11 Julai 2009 sempenan hari Jadi ke-71 TYT. Syabas atas anugerah ini. Prof Chan dah lama sumbang kepada maysyarakat melalui kerja-kerja sukarela NGO khasnya dalam kesedaran dan pendidikan awam dalam alam sekitar dan penjimatan air.


Friday, July 31, 2009

KEPUTUSAN UJIAN 1 (10% MARKAH KERJA KURSUS)

880629036130 100453 B+
850315126064 94953 B-
870807496270 94763 B+
880424525133 99356 B+
870526526488 94964 B
881230525068 99318 B+
880702095138 100469 B-
880429025584 99197 C+
870910065364 94786 C+
880828495356 99319 B-
870612295268 99320 B
870324525794 94790 B+
880908085138 99379 C+
880726075238 99321 A-
880324015830 99322 A-
880427135392 94993 C-
850404125354 94804 B-
880131115878 99323 A-
881004265042 99324 B
880924035181 99401 C+
880228125319 99325 A-
880414265315 100506 B
880120105113 99326 B
880129035289 99327 B
880207025474 99239 B-
880221025366 99328 A-
880614065510 99442 C+
880210065522 99329 B+
880414035106 99330 B+
880626035570 99331 C
881008355344 99332 A-
881007355342 99333 C+
871202435138 94866 B
881123065684 99467 B-
870421355328 94884 A-
870730235354 94885 B-
881009015835 99334 B
871024526546 94888 C
850126035374 94893 B-
870728115564 94896 B-
880925035386 99481 B
870121495337 94903 B-
870119435116 94909 B+
880517265254 99335 B-
871016295194 94910 B
870722035424 94911 A-
880315035610 99336 B
880809035928 99497 B-
880808095128 99502 A-
870317526588 99337 A-
870901035446 94926 C+
880404526251 99338 B+
880113035102 99339 B+
880626135264 99340 B
870830235482 94935 B

Wednesday, July 29, 2009

UJIAN 1 30 JULAI 2009 DKO 3.00-4.00PTG

UJIAN 1 30 JULAI 2009 DKO 3.00-4.00PTG

KULIAH 1 - KULIAH 5 (PENGIRAAN LUAS KAWASAN)

Wednesday, July 1, 2009

Amali Kerja Ukur







Pelajar-pelajar giat menjalankan kerja ukur.

Pensyarah-Pensyarah Kursus




































Kanan: Dr Jabil Mapjabil; Tengah: Prof Madya Dr Narimah Samat; Kiri: Prof Dr Chan Ngai Weng



CHAN NGAI WENG, BA dan MA (Malaya), PhD (Middlesex), PKT adalah seorang Profesor Geografi Fizikal di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Kepakaran beliau ialah dalam Teknik-Teknik Geografi, Kaji Iklim, Kajian Bencana Alam, dan Pengurusan Sumber Air. Beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam pengajaran geografi teknik dan geografi fizikal di peringkat universiti.





NARIMAH SAMAT, B.Sc. (SWT, Texas), MA (USM), Ph.D. (Leeds) adalah seorang Profesor Madya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Kepakaran beliau ialah dalam Teknik-Teknik Geografi (Kartografi), Sistem Maklumat Geografi (GIS), Perancangan Guna Tanah Bandar, dan Penderiaan Jauh.

JABIL MAPJABIL, BA Ed. (USM), MA, Ph.D. (UKM) adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Kepakaran beliau adalah dalam Geografi Pelancongan, Pengurusan Persekitaran, Pengurusan Pinggir Pantai, dan Teknik-Tenik Dalam Geografi (Kerja Ukur).

Tuesday, June 30, 2009

Rajah 14: Contoh Peta Topografi.

Rajah 13: Peta Survei
Rajah 12: Peta Kadastra
Rajah 2: GIS (Sistem Maklumat Geografi)
Rajah 11

Rajah 10
Rajah 9
Rajah 8
Rajah 7
Rajah 6
Rajah 5
Rajah 4
Rajah 3: Herotan pasti berlaku apabila glob (3 dimensi) ditukar
menjadi peta (2 dimensi).
Rajah 1 - Peta Kuno.

KULIAH 1
HGT 111 MEMBACA & MENAFSIR PETA

KULIAH 1: PENGENALAN KEPADA PETA
•PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI
•DEFINISI PETA
•SIFAT-SIFAT PETA
(I)Kejituan Ortomorfik
(II)Nisbah Benar
(III)Arah Benar
(IV)Jarak Sama
•JENIS-JENIS PETA
(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik
(II)Peta-Peta Hipsometrik/Topografik

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN

•Bidang geografi merupakan sesuatu bidang di mana terletaknya pertemuan di antara sains dan seni (Rajah 1.1)
•Geografi – 3 sub-bidang: Geografi Fizikal; Geografi Manusia; & Geografi Teknik
•Geografi Teknik: sub-bidang ini menyerupai suatu seni sebab kebanyakan teknik diperlukan dalam seni lukisan, pembuatan peta, perwakilan data, kaji ukur, survei dan lain-lain
•Pemetaan Dulu: Kebanyakan peta adalah dilukis oleh manusia dan bukan dihasilkan oleh komputer atau mesin seperti sekarang
•Pemetaan Kini: Peta boleh dihasilkan melalui data-data yang dikumpulkan dari gambar-gambar satelit dan gambar udara
•Namun demikian, manusia masih diperlukan untuk mengenalpasti/mengesahkan data di atas tanah apabila gambar-gambar satelit dan udara mempunyai gangguan awan

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN
•Ahli-ahli kartografi yang menghasilkan peta mempunyai kemahiran dalam tiga sfera:
(i)mengendalikan bahan-bahan mentah dan data;
(ii)memahami prinsip-prinsip dan teknik-teknik kartografi; dan
(iii)kemahiran dan kejituan melukis peta dan gambarajah

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN
•Peta ialah medium tradisi seorang ahli geografi (Monkhouse dan Wilkinson, 1961)
•Bagi seorang ahli geografi, sebuah peta menyerupai sesuatu anggota badannya, seperti tangan atau kaki
•Tanpa peta, ahli geografi akan menghadapi banyak kekurangan dalam kerjanya
•Peta adalah alat dan medium yang membolehkan ahli geografi menunjukkan/mempamirkan bumi kepada orang ramai
•Peta merupakan satu medium di mana ahli geografi cuba berhubung dengan orang lain di dunia

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN

•Peta sememangnya merupakan sebuah alat perhubungan universal yang tidak memerlukan bahasa - Tanda-tanda, simbol-simbol dan lorekan-lorekan adalah "bahasa" universal yang difahami oleh semua orang
•Tamadun manusia kuno dibuktikan telah menggunakan peta sebagai satu alat komunikasi yang penting - Penggunaan peta sememangnya telah bermula jauh lebih awal daripada penggunaan bahasa. Ini adalah sebab manusia mulai mencipta seni lukis dahulu sebelum seni bertulis.

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN

•Menurut Monkhouse dan Wilkinson (1961), peta yang dihasilkan oleh ahli geografi boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan:
(i)Peta-peta yang dilukis sebagai satu siri latihan kartografi formal, yang membekalkan sesuatu kursus lengkap, yang juga dikaitkan rapat dengan silibus geografi di sekolah atau universiti;
(ii)Peta-peta yang dilukis untuk mewakili tesis-tesis atau disertasi-disertasi terhadap kerja maju di kolej dan universiti; dan
(iii)Peta-peta yang dilukis untuk diterbit sebagai buku atau atlas.

CONTOH PETA KUNO DITUNJUKKAN DALAM RAJAH 1

TEKNIK-TEKNIK MEMBUAT PETA
TEKNIK SURVEI/KAJI UKUR
1. SURVEI/KAJI UKUR
2. LUKIS PETA BERDASARKAN BACAAN SURVEI/KAJI UKUR
3. MEMBUAT KEMASKINI PETA BERDASARKAN SURVEI/KAJI UKUR TAMBAHAN DARI MASA KE SEMASA


TEKNOLOGI PENDERIAAN JAUH
Digunakan dalam berbagai bidang berikut:
• Membuat Peta & Kartografi
• Ramalan Cuaca
• Sistem maklumat Geografi (GIS)
• Pemetaan Sumber-Sumber Alam
• Pemetaan Bencana
• Analisis Lokasi
• Geografi Bandar
• Perancangan Wilayah, Bandar & Desa
• Kajian Guna Tanah
• Kajian Lembangan Sungai
• Lain-Lain.

APPLIKASI PEMETAAN BERKOMPUTER TERUNGGUL ADALAH DALAM SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) (Rajah 2)

HGT 111 MEMBACA & MENAFSIR PETA

DEFINISI PETA
•Sebuah peta dapat didefinisikan sebagai sesuatu perwakilan grafik ke atas sesuatu kawasan tertentu di atas permukaan bumi sebenar
•Oleh sebab dunia adalah amat kompleks, maka tidak mungkin dapat menunjukkan semua maklumat & oleh itu, perwakilan itu adalah bersifat berselektif, bersimbol dan diumumkan
•Pandangan di atas peta adalah merupakan pandangan yang telah dikesilkan ke atas pendangan sebenar di permukaan bumi
•Peta adalah unjuran matlumat-matlumat dari bumi sebenar yang berbentuk sfera ke atas sesuatu permukaan mendatar
•Peta adalah digunakan untuk mempamirkan kedua-dua ciri-ciri fizikal dan budaya sesuatu alam sekitar/kawasan.
•Oleh sebab proses pengunjuran adalah tidak sempurna, maka hasil peta yang dicipta lazimnya mempunyai beberapa kekurangan atau kesilapan
•Peta tersebut mungkin mempunyai setengah herotan atau ketidakjituan
•Semua peta yang merupakan unjuran-unjuran ke atas permukaan bumi, kecuali glob, akan mempunyai sedikit sebanyak herotan & ketidaktepatan
•Oleh itu, sebuah peta bukannya sesuatu perwakilan bumi yang tepat. Ianya hanya merupakan sesuatu perwakilan bumi yang sebaik mungkin

MASALAH TERBESAR PEMBUATAN PETA:

Globe adalah berbentuk Ellipsoid (hampir sfera) & Bertiga (3) dimensi
Peta Topografi adalah berbentuk rata 2 dimensi
APABILA GLOBE DIRATAKAN, SUDAH PASTI PETA AKAN MEMPUNYAI HEROTAN (Rajah 3)

HGT 111 MEMBACA & MENAFSIR PETA

•SIFAT-SIFAT PETA
(I)Kejitaun Ortomorfik
(II)Nisbah Benar
(III)Arah Benar
(IV)Jarak Sama

(I)Kejituan Ortomorfik (Bentuk Benar)
•Kejituan Ortomorfik dapat dicapai jika bentuk sebarang kawasan yang dipetakan adalah benar apabila dibandingkan dengan kawasan sepadan di atas permukaan bumi
•Kejituan Ortomorfik hanya dapat dikekalkan dalam kawasan-kawasan kecil tetapi tidak ke atas bentuk umum/bentuk keseluruhan kawasan tersebut.

SIFAT-SIFAT PETA – NISBAH BENAR

•Nisbah Benar bermaksud bahawa sesuatu kawasan yang dipetakan mengekalkan saiznya di dalam nisbah keluasan kawasan tanah secara relatif menurut skala peta
•Jika sifat ini dikekalkan di dalam sebuah peta, maka peta tersebut dikenali sebagai mempunyai sifat keluasan sama
•Peta adalah berkadar atau bersifat homolografik. Semua bahagian dalam peta tersebut akan mempunyai nisbah sama dengan wilayah di atas bumi sekadar dengan skala peta. Untuk mengekalkan sifat ini, bentuk peta harus diherotkan
•Herotan menjadi semakin besar di tepi peta tetapi berkurangan di tengah peta
•Keluasan sama akan dikekalkan walaupun bentuk telah diherotkan, & terdapat juga variasi dalam skala & bentuk peta.
•Peta jenis ini digunakan secara meluas untuk menunjukkan taburan penduduk, gunatanah pertanian, penghasilan galian dll
Peta Nisbah Benar -Peta dunia yang bersifat keluasan sama, iaitu mempunyai sifat nisbah benar

SIFAT-SIFAT PETA –ARAH BENAR
•Dalam peta ini, arah di atas peta adalah sama seperti arah benar bumi
•Pada hal ini, arah yang ditunjukkan oleh kompas adalah arah benar
•Oleh sebab itu, sebarang titik di atas peta mesti mempunyai arah yang sama seperti yang dicatatkan oleh kompas di atas bumi
•Jika tidak, peta yang dihasilkan dikatakan tidak mempunyai sifat "arah benar“
•Peta yang tiada arah benar akan menimbulkan berbagai masalah bagi pengguna, terutamanya mereka yang sangat memerlukan kejituan arah.

SIFAT-SIFAT PETA - Jarak Sama
*Jarak sama bermaksud bahawa jarak di atas peta adalah sama seperti jarak sebenar di atas bumi mengikut kadar yang sepadan dengan skala yang digunakan di dalam peta.
*Di dalam setengah unjuran peta, sifat peta ini hanya dapat dikekalkan di dalam suatu kawasan kecil yang terhad, misalnya sepanjang satu garisan bujur atau di atas setengah garisan lintang
•Peta jenis jarak sama dapat dikecilkan melalui pengukuran jarak-jarak benar dari satu titik rujukan di atas peta tersebut
•Proses pengecilan peta mewujudkan herotan dalam bentuk peta.
Contoh: Peta dunia dalam bentuk glob yang bersifat jarak sama, tetapi bentuknya adalah terherot.

PETA YANG SEMPURNA

•Peta yang sempurna semestinya mempunyai keempat-empat sifat peta tersebut
•Namun demikian, malangnya, tiada sebarang peta (kecuali glob) yang dapat mempunyai keempat-empat sifat tersebut
•Kebanyakan peta akan mempunyai tiga sifat atau kurang
•Ada juga kebanyakan peta yang langsung tidak mempunyai sebarang sifat peta tersebut & penggunaan peta sedemikian adalah terhad
•Kewujudan sifat-sifat tersebut adalah bergantung kepada jenis unjuran yang digunakan semasa membuat peta, yang akan mengekalkan sifat-sifat yang berlainan.

CONTOH JENIS-JENIS UNJURAN PETA YANG LAZIM DIGUNAKAN (Lihat Rajah 4, 5, 6,7,8,9,10)

JENIS-JENIS PETA
•Pada umumnya, peta-peta dapat dikelaskan kepada dua kumpulan utama: (i) Peta tujuan umum dan (ii) Peta tujuan khas
•Peta tujuan umum digunakan untuk semua tujuan. Misalnya, sebuah peta topografi boleh digunakan sebagai peta rujukan untuk perancangan bandar dan desa, atau sebagai peta rujukan askar, peta perancangan pengangkutan dan peta taburan petempatan
•Sebaliknya, peta tujuan khas seperti peta taburan hujan (dengan garisan-garisan sehujan) adalah khas digunakan oleh ahli-ahli meteorologi atau kaji iklim untuk tujaun khas yang sempit sahaja
•Namun begitu, jika beberapa peta tujuan khas dicantumkan, maka peta yang tercantum itu akan menjadi sebuah peta tujuan umum pula (lihat Rajah 11).

JENIS-JENIS PETA
•Pada umumnya, peta-peta dapat dibahagikan kepada peta-peta planimetrik/planografik dan peta-peta hipsometrik/topografik
•Peta-peta planimetrik/planografik hanya menunjukkan keletakan bentuk-bentuk bumi mendatar sahaja
•Sebaliknya, peta-peta hipsometrik/topografik dapat menunjukkan ciri-ciri tegak (relief), iaitu kedalaman (laut dan tasik) dan ketinggian (bukit) bentuk-bentuk bumi yang dipetakan.

(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA KADASTRA
(i) Peta kadastra menunjukkan had-had sempadan yang berkenaan dengan pembahagian milikan tanah di dalam sesuatu wilayah, terutamanya wilayah majlis perbandaran
•Milikan tanah mungkin dimiliki oleh individu ataupun oleh syarikat-syarikat besar atau oleh pihak berkuasa tempatan/kerajaan & di kawasan luar bandar, lot-lot milikan tanah mungkin adalah dibahagikan kepada lot-lot kawasan sawah atau tanah dusun, atau tanah simpanan Melayu
•Peta ini lazim digunakan untuk merekodkan hak milki tanah & sempadan-sempadan lot-lot adalah tepat dan jelas di atas peta kadastra. Ini adalah mustahak untuk mengelakkan pergaduhan di antara tuan tanah-tuan tanah yang memiliki tanah tersebut (Rajah 12)

•Peta kadastra mempunyai skala dan bering dalam peta
•Selain daripada sempadan-sempadan milikan tanah, peta ini juga menunjukkan bentuk-bentuk yang berkaitan dengan nilai sesuatu lot/tanah seperti jaringan saliran, kedekatan dengan terusan, taliair dan sungai (akan menentukan harga tanah sawah), jalan-jalan raya utama (akan menentukan kebisingan dan kebolehsampaian, dan juga sifat "fung Sui" bagi orang Cina yang sangat penting menentukan nilai sesuatu keping tanah), dan lain-lain bentuk muka bumi budaya

Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA POLITIK
• Peta politik merupakan peta yang dihasilkan untuk berbagai tujuan politik
• Peta jenis ini lazim digunakan untuk menunjukkan sempadan-sempadan politik di antara negara, negeri, daerah, mukim dan kampung
• Peta-peta sejarah yang kuno (termasuk peta-peta sejarah kini) yang mempamirkan kuasa-kuasa pengaruh sesuatu tamadun adalah jenis peta politik
• Misalnya, pengaruh-pengaruh tamadun-tamadun awal di Asia Tenggara ditunjukkan oleh sfera-sfera pengaruh tamadun Sri Vijaya, Angkor dan Langkasuka
• Satu lagi contoh peta kuno politik ialah peta yang dihasilkan oleh Ptolemy pada Abad Kedua TM.


(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA STATISTIK
•Peta Statistik atau Peta Perangkaan lazim dirujuk sebagai peta taburan sebab ia sentiasa digunakan secara meluas untuk menggambarkan taburan jumlah/bilangan sesuatu parameter
•Parameter-parameter yang diwakili adalah berbeza-beza seperti penduduk (peta demografi), galian, binatang ternakan, tumbuhan, jenis tanih, eksport dan import barangan dan lain-lain
•Pada dasarnya, peta statistik adalah peta tunggal yang berhubung dengan taburan ruangan dan saling-hubungan tentang setengah variabel daripada segi taburan geografinya
•Contoh-contoh peta statistik adalah seperti peta pertanian, peta iklim, peta petempatan, peta perlombongan dan lain-lain.

Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA KUALITATIF

Peta kualitatif bertujuan menunjukkan bentuk-bentuk bumi yang berhubung dengan lokasi masing-masing
* Secara umum, peta ini boleh dikatakan sebagai peta taburan biasa
* Contoh-contoh peta kualitatif termasuk peta litologi atau peta geologi, peta pedologi atau peta tanah-tanih dan peta tumbuhan
* Peta geologi bukan sahaja menunjukkan taburan jenis-jenis batuan di dalam sesuatu kawasan tetapi juga asal-usul setiap jenis batuan mengikut masa geologi pembentukannya
* Peta tanih pula menunjukkan taburan jenis-jenis tanih di dalam sesuatu kawasan tertentu
* Daripada taburan jenis-jenis tanih tersebut, seorang pengguna barangkali boleh menafsir tentang kesesuaian kawasan-kawasan tertentu dalam peta tersebut terhadap jenis tanaman
* Peta taburan tumbuhan pula menunjukkan taburan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi di sesuatu tempat. Daripada jenis tumbuhan yang ditunjukkan, pengguna peta dapat menafsir tentang iklim, kecerunan, ketinggian dan lain-lain sifat fizikal sesuatu tempat.

(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA KOMUNIKASI
•Peta komunikasi merupakan peta taburan pertalian-pertalian dan jaringan-jaringan pengangkutan dan perhubungan
•Bentuk-bentuk lazim yang berhubung dengan komunikasi aialh jaringan lebuhraya, jalan raya, jalan keretapi, jalan perkapalan/jalan laut, laluan penerbangan kapal terbang, laluan jalan motorsikal, laluan hutan, talian telefon, terusan dan parit, sistem sungai dan lain-lain
•Dalam komunikasi jalan raya sahaja terdapat berbagai jenis: Lebuhraya Kembar, Lebuhraya Tunggal, Jalan Kembar, jalan Tunggal, Jalan Tidak Berturap, Jalan Raya sedang dibina, Lorong Berkereta Motor dan Lorong jaklan Kaki
•Jalan keretapi pula mempunyai sekurang-kurang tiga jenis, iaitu Kembar, Tunggal dan Ringan
•Komunikasi laut pula terdapay jalan feri, dan jika feri mempunyai perkataan kereta dalam kurungan, maka ini bermaksud feri itu boleh membawa kereta selain daripada penumpang
•Contoh-contoh peta komunikasi adalah seperti berikut:

Peta-Peta Planimetrik/Planografik -PETA BANDAR/PEKAN

Peta bandar atau peta pekan lazim menunjukkan lokasi, taburan, saiz, orientasi dan susun atur sebuah bandar atau pekan
* Bandar, pekan dan petempatan lain merupakan salah satu unsur penting di dalam sebuah peta
* Peta bandar yang popular dan banyak digunakan ialah Peta Jalan, iaitu sebuah peta yang menggambarkan taburan semua jenis jalan raya di dalam sebuah bandar

Peta Jalan lazim digunakan oleh pelancong dan oleh itu sering dipanggil sebagai Peta Pelancong
* Satu contoh yang baik ialah sebuah Peta Jalan di suatu kawasan dalam Georgetown, Pulau Pinang.

(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik -PETA BANDAR/PEKAN
*Selain daripada Peta Jalan yang menunjukkan susun-atur sebuah bandar, sebuah Peta Bandar juga perlu menunjukkan berbagai pandang darat budaya (atau bentuk-bentuk buatan manusia) di bandar seperti stesen keretapi, stesen bas utama, lapangan terbang, jambatan-jambatan utama, sekolah-sekolah, masjid-masjid, stesen-stesen polis, pejabat-pejabat pos, klinik-klinik, hospital-hospital, tempat ibadat, sungai-sungai utama, pusat bandar, taman rekreasi, jaluran hijau, tasik, stadium dan lain-lain
* Misalnya, satu contoh Peta Bandar yang baik ialah sperti yang ditunjukkan dalam Peta Bandar Edinburgh di Scotland.

Peta-Peta Hipsometrik/Topografik – PETA ADMIRALTI
* Peta-peta jenis admiralti merupakan peta-peta yang menggambarkan ciri-ciri pesisir pantai dan laut-laut disekeliling sesebuah negara
* Lazim digunakan untuk tujuan pelayaran, baik untuk tujuan tentera mahu pun untuk tujuan ekonomi (perikanan), rekreasi (pelayaran dan kruise), sukan (perlumbaa kapal layar), saintifik (kajian samudera dan kajian laut), perlombongan minyak luar pantai dan lain-lain
* Ciri-ciri yang terkandung di dalam peta admiralti ialah bentuk-bentuk bumi pesisir pantai, kedalaman laut (dengan kontur kedalaman), bentuk-bentuk bumi bawah laut (seperti jurang, bukit dasar laut & gunung berapi dasar laut), pulau-pulau, terumbu karang, tanjung, teluk & dll
* Selain daripada ciri-ciri fizikal semula jadi, terdapat juga ciri-ciri marin dan budaya yang lain seperti arah dan hal-laju arus laut, ketinggian ombak laut, pasang-surut, rumah api, jeti, pelabuhan, bandar tepi laut (khasnya bandar pelancongan seperti Port Dickson) dan lain-lain
* Setengah peta admiralti mungkin meliputi keluasan seluruh lautan supaya dapat menunjukkan lokasi jurang lautan dan permatang-permatang bawah laut. Garisan-garisan kontur lazim digunakan untuk menunjukkan kedalaman dan bentuk-bentuk bumi tersebut.

Peta-Peta Hipsometrik/Topografik – PETA SURVEI (Rajah 13)

Peta-peta survei merupakan hasil tindanan peta survei ordinan yang mengandungi ciri-ciri relief/ketinggian (seperti garisan-garisan kontur) ke atas bentuk-bentuk muka bumi budaya seperti jalan raya, petempatan, terusan, parit dan lain-lain
* Kesemua ciri-ciri tersebut lazim ditunjukkan dengan simbol-simbol konvensyenal/biasa
* Peta survei ialah hasil sesuatu kerja ukur, baik ukur rantai, ukur kompas atau ukur meja
* Dalam kes-kes tertentu, barangkali suatu survei campuran yang mengandungi ketiga-tiga kaedah ukur akan digunakan.
Bacaan-bacaan dan rekod-rekod kerja ukur tersebut dibuat di lapangan dan kemudian kesemuanya dicatatkan di pejabat untuk menghasilkan peta survei
* Peta-peta survei lazim menunjukkan stesen-stesen ukur yang dipilih, garisan-garisan ukur, garisan-garisan semak, sudut-sudut bearing di antara stesen, dan butir-butir yang diukur (seperti bangunan, sungai, jalan raya, kolam, tasik, cerun dan lain-lain)
* Peta tersebut lazim mengandungi arah kompas dan skala
* Skala peta survei adalah biasanya merupakan Peta Berskala Besar, iaitu sebuah peta yang hanya dapat menunjukkan sesuatu kawasan kecil daripada dunia sebenar (misalnya kurang daripada 1 km2)
* Justeru itu, jika skala peta ialah 1 sm bagi 10 meter (iaitu pecahan pengimbang 1:1000, maka ianya adalah sebuah peta skala besar). Misalnya, Peta Bandar adalah sebuah peta skala besar.

Peta-Peta Hipsometrik/Topografik – PETA TOPOGRAFI (Rajah 14)
*Peta-peta topografi merupakan jenis peta yang banyak sekali digunakan oleh ahli-ahli geografi
*Berbanding dengan peta survei yang kebanyakannya merupakan peta berskala besar, kebanyakan peta topografi adalah jenis Peta Berskala Sederhana
*Misalnya, peta berskala 1:63,360 atau 1 inci bagi 1 batu, ialah sebuah peta berskala sederhana sebab ianya dapat menggambarkan suatu kawasan dunia sebenar yang sederhana luas
Kebanyakan ahli kartografi bersetuju bahawa peta yang mempunyai nisbah pengecilan kurang daripada 1:50,000 (iaitu, 1:40,000; 1:30,000: 1:25,000 dll) akan dikelaskan sebagai peta skala besar
*Oleh itu, peta topografi (1:63,360 dalam Skala Imperial dan 1:50,000 dalam Skala Metrik) adalah merupakan peta skala sederhana.

PETA SKALA KECIL:
* Semua peta yang melibatkan nisbah pengecilan 1:500,000 atau lebih (contohnya 1:750,000; 1:1,000,000; 1:1,500,000 dll) adalah dikelaskan/dikenali sebagai peta skala kecil












HGT111/3 TEKNIK-TEKNIK DALAM GEOGRAFI




















UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SIDANG 2011/2012
SEMESTER II

--------------------------------------------------------------






Pensyarah 1: Prof. Dr. Chan Ngai Weng Waktu Pejabat: Isnin-Jumaat 8:00 – 5:30 pm
(Penyelaras Kursus)
Bahagian Membaca dan Menafsir Peta)
Pejabat #: Bangunan C11 Bilik 114
Email: nwchan@usm.my

Pensyarah 2: Prof Madya Dr Narimah Samat Waktu Pejabat: Isnin-Jumaat 8:00 – 5:30 pm
(Bahagian Kartografi)
Pejabat #: Bangunan C24 Bilik 217
Email: narimah@usm.my

Pensyarah 3: Dr Jabil Mapjabil Waktu Pejabat: Isnin-Jumaat 8:00 – 5:30 pm
(Bahagian Kaji Ukur)
Pejabat #: Bangunan C20 Bilik 104
Email: bill@usm.my

HGT 111/4: TEKNIK-TEKNIK DALAM GEOGRAFI

A. TUJUAN KURSUS

Kursus ini adalah asas di dalam Geografi. Ia bertujuan melatih pelajar-pelajar di dalam penggunaan teknik-teknik geografi dan metodologi asas geografi amali. Kemahiran-kemahiran yang akan didedahkan dalam kursus ini kepada pelajar-pelajar termasuklah kaedah pemetaan, membaca dan pentafsiran peta, kartografi, kerja ukur, dan pemetaan berkomputer. Kursus ini dirangka untuk membekalkan pelajar geografi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam teknik-teknik memperolehi dan menganalis maklumat-maklumat dari peta-peta topografi, peta-peta bertema dan peta-peta perangkaan, teknik-teknik menjalankan kerja ukur di lapangan, dan teknik-teknik dalam kartografi dan pemetaan berkomputer. Kesemua teknik ini adalah asas untuk memudahkan pelajar mengikuti kursus-kursus berteknik geografi pada peringkat-peringkat lebih tinggi.

B. RINGKASAN KURSUS

Kursus ini meliputi empat bahagian iaitu:-

(a). Membaca dan Menafsir Peta
(b). Kaji Ukur
(c). Kartografi

Peta merupakan peralatan asas bagi ahli geografi. Di bahagian membaca dan menafsir peta, pelajar akan diperkenalkan kepada sejarah pemetaan, unjuran peta, jenis-jenis dan kegunaan peta, serta asas-asas membaca dan menafsir peta. Pelajar akan diperkenalkan kepada berbagai cara untuk mendapat maklumat dari berbagai jenis peta, khasnya peta topografi.

Di bahagian kaji ukur pula, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada beberapa kaedah kerja ukur seperti Ukur Rantai, Ukur Kompas dan Ukur Meja Ukur. Pelajar-pelajar akan belajari teori-teori, keadah-kaedah menggunakan cara-cara ukur yang berlainan tersebut, meneliti secara terperinci kelebihan-kelebihan, kekurangan-kekurangan, dan masalah-masalah kerja ukur. Mereka juga diajar teknik-teknik memplot data-data ukur.

Di bahagian kartografi dan pemetaan berkomputer, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan jenis-jenis dan teknik-teknik pemetaan peta tematik. Tugasan melibatk­an pemetaan secara manual dan berkomputer. Bahagian ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar teknik-teknik dalam geografi yang merangkumi pemetaan secara manual dan berkomputer. Bahagian pertama akan menekankan aspek reka bentuk dan elemen-elemen kartografi dalam penyediaan peta bertema secara manual. Bahagian kedua pula akan memperkenalkan pelajar kepada kartografi berkomputer yang akan menyentuh mengenai kelebihan pemetaan berkomputer, proses menyediakan peta menggunakkan komputer. Bahagian akhir kursus ini akan mengaitkan perkembangan dalam pemetaan berkomputer dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Selain daripada kuliah, pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri kelas-kelas amali (2 jam seminggu).

(a). Membaca dan Menafsir Peta
1. Pengenalan kepada peta.
2. Sejarah ringkas tentang pemetaan, unjuran peta (unjuran otografik, stereografik, garis
tengah dan azimut), jenis-jenis dan kegunaan peta.
3. Skala dan pengukuran linear.
4. Pengukuran bersudut (Bearing).
5. Pengiraan luas ruang.
6. Kecerunan/gradien.
7. Melukis keratan rentas dan lampauan tegak.
8. Menentukan keletakan/lokasi.
9. Teknik-teknik menggambarkan bentuk muka bumi dalam peta.
10. Mengenali ciri-ciri bentuk muka bumi di dalam peta.
11. Penerangan dan penganalisan bentuk muka bumi peta topo. Ciri-ciri bentu­k muka
bumi, ketinggian mutlak dan ketinggian relatif, relief bandingan, kecerunan legeh, dan
lain-lain.
12. Penerangan dan penganalisan bentuk-bentuk saliran dari peta topo. Sistem, pola, corak
dan kepadatan saliran/sumgai secara kuantitatif dan kualitatif. Ciri-ciri saliran dan
kaitan dengan bentuk fizikal yang lain.
13. Penerangan dan penganalisan geologi tempatan dari peta topo. Penentuan jenis-jenis
batu batan dan kaitannya dengan bentuk muka bumi, saliran dan ciri-ciri fizikal yang
lain.
14. Penentuan dan kaedah menggambarkan sempada wilayah.
15. Pengenalan kepada penerangan dan penganalisan ciri-ciri dan pengaruh-pengar­uh
geografi manus­ia dari peta topo.
16. Pertalian di antara pandang darat fizikal dengan geografi manusia.
17. Aspek-aspek kependudukan: etnik, ciri-ciri budaya dan ekonomi serta fakt­or-faktor
yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti penduduk sepertimana yang dapat dikesan atau
diertikan berdasarkan bukti atau taakulan dalam peta topo.
18. Petempatan: lokasi, tapak, pola, fungsi, taburan, kepadatan, potensi perkemba­ng dan
lain-lain. Faktor-faktor yang bertanggungjawab mempengaruhi agihan petempatan
juga penting.
19. Penggunaan tanah: jenis, faktor pengaruh, perubahan pola, urbanisasi dan lain-lain.
20. Pengangkutan dan komunikasi.
21. Penzonan dan pengwilayahan wilayah-wilayah geografi dan analisis dari aspek
kemanusiaan dan fizikal.

(b). Kaji ukur
1. Kerja Ukur Rantai:
- Pengenalan kepada ukur rantai.
- Pengenalan alat-alat ukur rantai.
- Teori penggunaan alat-alat.
- Teori kerja menggunakan rantai.
- Teknik memplot.
- Rintangan-rintangan di dalam kerja ukur rantai.
2. Kerja Ukur Kompas:
- Pengenalan kepada ukur kompas.
- Pengenalan alat-alat ukur kompas.
- Teori penggunaan alat-alat.
- Teori kerja menggunakan kompas.
- Teknik memplot.
- Rintangan-rintangan di dalam kerja ukur kompas.
- Pembetulan ralat dan kesilapan hasil dari alat kompas.

(c). Kartografi
1. Pengenalan
Definisi.
2. Kartografi sebagai alat komunikasi.
Jenis-jenis data kartografi. Cara perwakilan data kartografi.
3. Peta permukaan jenis bersambung.
Interpolasi.
4. Peta koroplet.
Kaedah pembahagian kelas. Skima melorek
5. Peta Titik.
Kelebihan dan kelemahan.

C. PENILAIAN KURSUS

Penilaian prestasi pelajar adalah berdasarkan kerja kursus (40 %) dan peperiksaan akhir (60 %). Kerja kursus dibahagikan kepada 4 bahagian dan pengagihan markah adalah seperti berikut:
- Analisis Peta - 1 Ujian Pertengahan Semester (10 %)
- Kerja Ukur - 1 Laporan Lukisan Peta Ukur (20 %)*
- Kartografi - Markah purata Latih­an-Latihan Amali (10%)

*Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri tutorial/latihan amali 2 jam seminggu untuk kedua-dua bahagian Analisis Peta dan Kaji Ukur juga. Mereka yang tidak cukup peratusan kehadiran akan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir.

* Pelajar-pelajar tidak perlu menulis esei dalam kursus ini tetapi perlu melukis peta, menyiapkan latihan & menghasilkan peta berkomputer.

Pengagihan markah untuk seluruh kursus adalah seper­ti berik­ut:-
(a). Kerja kursus (40 % ) - Analisis Peta 10%+Kerja Ukur 20%+Kartografi 10%

(b). Peperiksaan akhir (60%) - Pelajar diwajibkan menjawab 4 soalan seperti berikut: Bahagian A (Soalan Wajib)-Jawab Soalan 1 [Analisis Peta (15%)], Soalan 2 [Kerja Ukur (15%)], dan Soalan 3 [Kartografi (15%)]; & Bahagian B (Soalan Pilihan)-Pilih Soalan 4 atau Soalan 5 atau Soalan 6 yang berbentuk teori (15%).

D. RUJUKAN

Chan, N.W., Jabil Mapjabil dan Narimah Samat (2008) Teknik-Teknik Dalam Geografi. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Chan, N.W. (1998) Peta, Kartografi Dan Ahli Geografi. Pulau Pinang: NP Sdn Bhd.

Clarke, Keith C. (1995). Analytical and Computer Cartography. 2nd Ed. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Cromley, R.G. (1992). Digital Cartography. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Dobson, J. E. (1983) "Automated Cartography" Professional Geographer, 35, ms 135-43.

Mohammad Raduan Mohd Ariff, Othman Abdul Ghani dan Hamirdin Ithnin (1985) Kaji Ukur-Sukat Dan Kartografi. Kuala Lumpur: yayasan Anda Sdn Bhd.
Monmonier, Mark (1996). How to lie with maps. 2nd Edition. University of Chicago Press.

Monmonier, Mark. (1993). Mapping it out. Chicago: The University of Chicago Press.

Monmonier, Mark. (1982). Computer-Assisted Cartography: Principles and Prospects. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Muller, J.C. (1991). Advances in Cartography. Elsevier Applied Science.

Robinson, Arthur H., Joel L. Morrison, Phillip C. Muehrcke, A. Jon Kimerling, and Stephen C. Guptill. (1995). Elements of Cartography. 6th ed. New York: John Wiley and Sons.

Tyner, J. (1992). Introduction to thematic cartography. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

E. PERALATAN YANG DIPERLUKAN (PERLU DIBELI OLEH PELAJAR SENDIRI)

Setiap pelajar perlu membeli peralatan berikut untuk diguna dalam latihan amali:
1 Kotak Peralatan “The Oxford Set of Matemathical Instruments”
1 Set Pen Magik
1 Set Pen Marker atau Pen Teknikal Hitam Yang Beraneka Saiz 0.3, 0.5, 0.7, 1.0 (Ketebalan Tulisannya)
1 Buku Kertas Lukisan A3
1 Kalkulator Saintifik
Pembaris teknikal (untuk kegunaan manual kartografi) bersaiz 0.3, 0.5. 0.7.

Tajuk-tajuk Kuliah
(A) Bahagian Membaca & Menafsir Peta (Prof Dr Chan Ngai Weng)
Kuliah 1 (Mula 6 Julai 2009)
- Pengenalan kepada peta: Definisi peta, sifat-sifat peta dan jenis-jenis peta.
- Sejarah ringkas tentang pemetaan, unjuran peta (unjuran otografik, stereografik, garis tengah dan azimut), jenis-jenis dan kegunaan peta.
Kuliah 2:
- Skala dan pengukuran linear.
- Pengukuran bersudut (Bearing).
- Pengiraan luas ruang.
Kuliah 3:
- Kecerunan/gradien.
- Melukis keratan rentas dan lampauan tegak.
- Menentukan keletakan/lokasi.
Kuliah 4:
- Teknik-teknik menggambarkan bentuk muka bumi dalam peta.
- Mengenali ciri-ciri bentuk muka bumi di dalam peta.
- Penerangan dan penganalisan bentuk muka bumi peta topo. Ciri-ciri bentu­k muka bumi,
ketinggian mutlak dan ketinggian relatif, relief bandingan, kecerunan legeh, dan lain-lain.
Kuliah 5:
- Penerangan dan penganalisan bentuk-bentuk saliran dari peta topo. Sistem, pola, corak dan
kepadatan saliran/sumgai secara kuantitatif dan kualitatif. Ciri-ciri saliran dan kaitan dengan bentuk fizikal yang lain.
- Penerangan dan penganalisan geologi tempatan dari peta topo. Penentuan jenis-jenis batu
batan dan kaitannya dengan bentuk muka bumi, saliran dan ciri-ciri fizikal yang lain.
Kuliah 6:
- Penentuan dan kaedah menggambarkan sempada wilayah.
- Pengenalan kepada penerangan dan penganalisan ciri-ciri dan pengaruh-pengar­uh geografi
manus­ia dari peta topo.
- Pertalian di antara pandang darat fizikal dengan geografi manusia.
- Aspek-aspek kependudukan: etnik, ciri-ciri budaya dan ekonomi serta fakt­or-faktor yang
mempengaruhi aktiviti-aktiviti penduduk sepertimana yang dapat dikesan atau diertikan
berdasarkan bukti atau taakulan dalam peta topo.
Kuliah 7:
- Petempatan: lokasi, tapak, pola, fungsi, taburan, kepadatan, potensi perke mba­ng dan lain- lain. Faktor-faktor yang bertanggungjawab mempengaruhi agihan petempatan juga penting.
- Penggunaan tanah: jenis, faktor pengaruh, perubahan pola, urbanisasi dan lain-lain.
- Pengangkutan dan komunikasi.
- Penzonan dan pengwilayahan wilayah-wilayah geografi dan analisis dari aspek kemanusiaan dan fizikal.

UJIAN 1 – 30 Julai 2009, DKO, 3.00-4.00ptg


(b) Bahagian Kaji Ukur: (Dr Jabil Mapjabil)
Kuliah 8
- Pengenalan kepada bidang kerja ukur
- Kegunaan Ukur Rataan
- Prinsip-Prinsip Kerja Ukur
- Kaedah-Kaedah Kerja Ukur
- Kesilapan-Kesilapan Umum Dlam kerja Ukur
- Sebab-Sebab Masih Memerlukan Kerja Ukur
Kuliah 9:
- Pengenalan kepada ukur rantai
- Pengenalan alat-alat ukur rantai
- Teori dan Prinsip-Prinsip penggunaan alat-alat ukur rantai
- Teori kerja menggunakan rantai untuk mengukur
- Ukur rantai di kawasan cerun.
- Mecatat ukuran
- Teknik memplot
- Masalah-masalah dan Rintangan-rintangan di dalam kerja ukur rantai
- Kesilapan-kesilapan dalam pengukuran garis linear
Kuliah 10:
- Pengenalan kepada Kerja Ukur Kompas
- Sudut, Bearing dan Koordinat
- Unit Sudut
- Bearing dan Arah
- Definisi Utara
- Koordinat Segiempat
Kuliah 11:
- Pengenalan kepada ukur kompas
- Pengenalan alat-alat ukur kompas
- Teori penggunaan alat-alat
- Teori kerja menggunakan kompas
Kuliah 12:
- Kerja ukur travers kompas
- Teknik memplot
- Rintangan-rintangan di dalam kerja ukur kompas
- Kesilapan-kesilapan dalam kerja ukur berkompas
- Pembetulan ralat dan kesilapan hasil dari alat kompas


(c) Bahagian KartografiLDr Wan Mohd Muhiyuddin)
Kuliah 13:
Pengenalan kepada Kartografi
- Peta sebagai alat komunikasi
- Peta Umum dan Peta Tematik
Kuliah 14:
- Data dan Jenis-jenis Data
Kuliah 15:
Jenis-jenis Peta Tematik
- Elemen-elemen reka bentuk dalam penyediaan peta Tematik
Kuliah 16:
Penyediaan peta bertema
- Peta koroplet
- Kaedah pengkelasan, simbol dan skema lorekan
Kuliah 17:
Sambungan (Peta Tematik)
- Peta titik
- Peta bulatan berkadar
Kuliah 18:
Peta Permukaan Bersambung
- Peta Isoterma

HGT111/3 TEKNIK-TEKNIK DALAM GEOGRAFI