Tuesday, June 30, 2009

Rajah 14: Contoh Peta Topografi.

Rajah 13: Peta Survei
Rajah 12: Peta Kadastra
Rajah 2: GIS (Sistem Maklumat Geografi)
Rajah 11

Rajah 10
Rajah 9
Rajah 8
Rajah 7
Rajah 6
Rajah 5
Rajah 4
Rajah 3: Herotan pasti berlaku apabila glob (3 dimensi) ditukar
menjadi peta (2 dimensi).
Rajah 1 - Peta Kuno.

KULIAH 1
HGT 111 MEMBACA & MENAFSIR PETA

KULIAH 1: PENGENALAN KEPADA PETA
•PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI
•DEFINISI PETA
•SIFAT-SIFAT PETA
(I)Kejituan Ortomorfik
(II)Nisbah Benar
(III)Arah Benar
(IV)Jarak Sama
•JENIS-JENIS PETA
(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik
(II)Peta-Peta Hipsometrik/Topografik

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN

•Bidang geografi merupakan sesuatu bidang di mana terletaknya pertemuan di antara sains dan seni (Rajah 1.1)
•Geografi – 3 sub-bidang: Geografi Fizikal; Geografi Manusia; & Geografi Teknik
•Geografi Teknik: sub-bidang ini menyerupai suatu seni sebab kebanyakan teknik diperlukan dalam seni lukisan, pembuatan peta, perwakilan data, kaji ukur, survei dan lain-lain
•Pemetaan Dulu: Kebanyakan peta adalah dilukis oleh manusia dan bukan dihasilkan oleh komputer atau mesin seperti sekarang
•Pemetaan Kini: Peta boleh dihasilkan melalui data-data yang dikumpulkan dari gambar-gambar satelit dan gambar udara
•Namun demikian, manusia masih diperlukan untuk mengenalpasti/mengesahkan data di atas tanah apabila gambar-gambar satelit dan udara mempunyai gangguan awan

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN
•Ahli-ahli kartografi yang menghasilkan peta mempunyai kemahiran dalam tiga sfera:
(i)mengendalikan bahan-bahan mentah dan data;
(ii)memahami prinsip-prinsip dan teknik-teknik kartografi; dan
(iii)kemahiran dan kejituan melukis peta dan gambarajah

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN
•Peta ialah medium tradisi seorang ahli geografi (Monkhouse dan Wilkinson, 1961)
•Bagi seorang ahli geografi, sebuah peta menyerupai sesuatu anggota badannya, seperti tangan atau kaki
•Tanpa peta, ahli geografi akan menghadapi banyak kekurangan dalam kerjanya
•Peta adalah alat dan medium yang membolehkan ahli geografi menunjukkan/mempamirkan bumi kepada orang ramai
•Peta merupakan satu medium di mana ahli geografi cuba berhubung dengan orang lain di dunia

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN

•Peta sememangnya merupakan sebuah alat perhubungan universal yang tidak memerlukan bahasa - Tanda-tanda, simbol-simbol dan lorekan-lorekan adalah "bahasa" universal yang difahami oleh semua orang
•Tamadun manusia kuno dibuktikan telah menggunakan peta sebagai satu alat komunikasi yang penting - Penggunaan peta sememangnya telah bermula jauh lebih awal daripada penggunaan bahasa. Ini adalah sebab manusia mulai mencipta seni lukis dahulu sebelum seni bertulis.

PETA, KARTOGRAFI & AHLI GEOGRAFI - PENGENALAN

•Menurut Monkhouse dan Wilkinson (1961), peta yang dihasilkan oleh ahli geografi boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan:
(i)Peta-peta yang dilukis sebagai satu siri latihan kartografi formal, yang membekalkan sesuatu kursus lengkap, yang juga dikaitkan rapat dengan silibus geografi di sekolah atau universiti;
(ii)Peta-peta yang dilukis untuk mewakili tesis-tesis atau disertasi-disertasi terhadap kerja maju di kolej dan universiti; dan
(iii)Peta-peta yang dilukis untuk diterbit sebagai buku atau atlas.

CONTOH PETA KUNO DITUNJUKKAN DALAM RAJAH 1

TEKNIK-TEKNIK MEMBUAT PETA
TEKNIK SURVEI/KAJI UKUR
1. SURVEI/KAJI UKUR
2. LUKIS PETA BERDASARKAN BACAAN SURVEI/KAJI UKUR
3. MEMBUAT KEMASKINI PETA BERDASARKAN SURVEI/KAJI UKUR TAMBAHAN DARI MASA KE SEMASA


TEKNOLOGI PENDERIAAN JAUH
Digunakan dalam berbagai bidang berikut:
• Membuat Peta & Kartografi
• Ramalan Cuaca
• Sistem maklumat Geografi (GIS)
• Pemetaan Sumber-Sumber Alam
• Pemetaan Bencana
• Analisis Lokasi
• Geografi Bandar
• Perancangan Wilayah, Bandar & Desa
• Kajian Guna Tanah
• Kajian Lembangan Sungai
• Lain-Lain.

APPLIKASI PEMETAAN BERKOMPUTER TERUNGGUL ADALAH DALAM SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) (Rajah 2)

HGT 111 MEMBACA & MENAFSIR PETA

DEFINISI PETA
•Sebuah peta dapat didefinisikan sebagai sesuatu perwakilan grafik ke atas sesuatu kawasan tertentu di atas permukaan bumi sebenar
•Oleh sebab dunia adalah amat kompleks, maka tidak mungkin dapat menunjukkan semua maklumat & oleh itu, perwakilan itu adalah bersifat berselektif, bersimbol dan diumumkan
•Pandangan di atas peta adalah merupakan pandangan yang telah dikesilkan ke atas pendangan sebenar di permukaan bumi
•Peta adalah unjuran matlumat-matlumat dari bumi sebenar yang berbentuk sfera ke atas sesuatu permukaan mendatar
•Peta adalah digunakan untuk mempamirkan kedua-dua ciri-ciri fizikal dan budaya sesuatu alam sekitar/kawasan.
•Oleh sebab proses pengunjuran adalah tidak sempurna, maka hasil peta yang dicipta lazimnya mempunyai beberapa kekurangan atau kesilapan
•Peta tersebut mungkin mempunyai setengah herotan atau ketidakjituan
•Semua peta yang merupakan unjuran-unjuran ke atas permukaan bumi, kecuali glob, akan mempunyai sedikit sebanyak herotan & ketidaktepatan
•Oleh itu, sebuah peta bukannya sesuatu perwakilan bumi yang tepat. Ianya hanya merupakan sesuatu perwakilan bumi yang sebaik mungkin

MASALAH TERBESAR PEMBUATAN PETA:

Globe adalah berbentuk Ellipsoid (hampir sfera) & Bertiga (3) dimensi
Peta Topografi adalah berbentuk rata 2 dimensi
APABILA GLOBE DIRATAKAN, SUDAH PASTI PETA AKAN MEMPUNYAI HEROTAN (Rajah 3)

HGT 111 MEMBACA & MENAFSIR PETA

•SIFAT-SIFAT PETA
(I)Kejitaun Ortomorfik
(II)Nisbah Benar
(III)Arah Benar
(IV)Jarak Sama

(I)Kejituan Ortomorfik (Bentuk Benar)
•Kejituan Ortomorfik dapat dicapai jika bentuk sebarang kawasan yang dipetakan adalah benar apabila dibandingkan dengan kawasan sepadan di atas permukaan bumi
•Kejituan Ortomorfik hanya dapat dikekalkan dalam kawasan-kawasan kecil tetapi tidak ke atas bentuk umum/bentuk keseluruhan kawasan tersebut.

SIFAT-SIFAT PETA – NISBAH BENAR

•Nisbah Benar bermaksud bahawa sesuatu kawasan yang dipetakan mengekalkan saiznya di dalam nisbah keluasan kawasan tanah secara relatif menurut skala peta
•Jika sifat ini dikekalkan di dalam sebuah peta, maka peta tersebut dikenali sebagai mempunyai sifat keluasan sama
•Peta adalah berkadar atau bersifat homolografik. Semua bahagian dalam peta tersebut akan mempunyai nisbah sama dengan wilayah di atas bumi sekadar dengan skala peta. Untuk mengekalkan sifat ini, bentuk peta harus diherotkan
•Herotan menjadi semakin besar di tepi peta tetapi berkurangan di tengah peta
•Keluasan sama akan dikekalkan walaupun bentuk telah diherotkan, & terdapat juga variasi dalam skala & bentuk peta.
•Peta jenis ini digunakan secara meluas untuk menunjukkan taburan penduduk, gunatanah pertanian, penghasilan galian dll
Peta Nisbah Benar -Peta dunia yang bersifat keluasan sama, iaitu mempunyai sifat nisbah benar

SIFAT-SIFAT PETA –ARAH BENAR
•Dalam peta ini, arah di atas peta adalah sama seperti arah benar bumi
•Pada hal ini, arah yang ditunjukkan oleh kompas adalah arah benar
•Oleh sebab itu, sebarang titik di atas peta mesti mempunyai arah yang sama seperti yang dicatatkan oleh kompas di atas bumi
•Jika tidak, peta yang dihasilkan dikatakan tidak mempunyai sifat "arah benar“
•Peta yang tiada arah benar akan menimbulkan berbagai masalah bagi pengguna, terutamanya mereka yang sangat memerlukan kejituan arah.

SIFAT-SIFAT PETA - Jarak Sama
*Jarak sama bermaksud bahawa jarak di atas peta adalah sama seperti jarak sebenar di atas bumi mengikut kadar yang sepadan dengan skala yang digunakan di dalam peta.
*Di dalam setengah unjuran peta, sifat peta ini hanya dapat dikekalkan di dalam suatu kawasan kecil yang terhad, misalnya sepanjang satu garisan bujur atau di atas setengah garisan lintang
•Peta jenis jarak sama dapat dikecilkan melalui pengukuran jarak-jarak benar dari satu titik rujukan di atas peta tersebut
•Proses pengecilan peta mewujudkan herotan dalam bentuk peta.
Contoh: Peta dunia dalam bentuk glob yang bersifat jarak sama, tetapi bentuknya adalah terherot.

PETA YANG SEMPURNA

•Peta yang sempurna semestinya mempunyai keempat-empat sifat peta tersebut
•Namun demikian, malangnya, tiada sebarang peta (kecuali glob) yang dapat mempunyai keempat-empat sifat tersebut
•Kebanyakan peta akan mempunyai tiga sifat atau kurang
•Ada juga kebanyakan peta yang langsung tidak mempunyai sebarang sifat peta tersebut & penggunaan peta sedemikian adalah terhad
•Kewujudan sifat-sifat tersebut adalah bergantung kepada jenis unjuran yang digunakan semasa membuat peta, yang akan mengekalkan sifat-sifat yang berlainan.

CONTOH JENIS-JENIS UNJURAN PETA YANG LAZIM DIGUNAKAN (Lihat Rajah 4, 5, 6,7,8,9,10)

JENIS-JENIS PETA
•Pada umumnya, peta-peta dapat dikelaskan kepada dua kumpulan utama: (i) Peta tujuan umum dan (ii) Peta tujuan khas
•Peta tujuan umum digunakan untuk semua tujuan. Misalnya, sebuah peta topografi boleh digunakan sebagai peta rujukan untuk perancangan bandar dan desa, atau sebagai peta rujukan askar, peta perancangan pengangkutan dan peta taburan petempatan
•Sebaliknya, peta tujuan khas seperti peta taburan hujan (dengan garisan-garisan sehujan) adalah khas digunakan oleh ahli-ahli meteorologi atau kaji iklim untuk tujaun khas yang sempit sahaja
•Namun begitu, jika beberapa peta tujuan khas dicantumkan, maka peta yang tercantum itu akan menjadi sebuah peta tujuan umum pula (lihat Rajah 11).

JENIS-JENIS PETA
•Pada umumnya, peta-peta dapat dibahagikan kepada peta-peta planimetrik/planografik dan peta-peta hipsometrik/topografik
•Peta-peta planimetrik/planografik hanya menunjukkan keletakan bentuk-bentuk bumi mendatar sahaja
•Sebaliknya, peta-peta hipsometrik/topografik dapat menunjukkan ciri-ciri tegak (relief), iaitu kedalaman (laut dan tasik) dan ketinggian (bukit) bentuk-bentuk bumi yang dipetakan.

(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA KADASTRA
(i) Peta kadastra menunjukkan had-had sempadan yang berkenaan dengan pembahagian milikan tanah di dalam sesuatu wilayah, terutamanya wilayah majlis perbandaran
•Milikan tanah mungkin dimiliki oleh individu ataupun oleh syarikat-syarikat besar atau oleh pihak berkuasa tempatan/kerajaan & di kawasan luar bandar, lot-lot milikan tanah mungkin adalah dibahagikan kepada lot-lot kawasan sawah atau tanah dusun, atau tanah simpanan Melayu
•Peta ini lazim digunakan untuk merekodkan hak milki tanah & sempadan-sempadan lot-lot adalah tepat dan jelas di atas peta kadastra. Ini adalah mustahak untuk mengelakkan pergaduhan di antara tuan tanah-tuan tanah yang memiliki tanah tersebut (Rajah 12)

•Peta kadastra mempunyai skala dan bering dalam peta
•Selain daripada sempadan-sempadan milikan tanah, peta ini juga menunjukkan bentuk-bentuk yang berkaitan dengan nilai sesuatu lot/tanah seperti jaringan saliran, kedekatan dengan terusan, taliair dan sungai (akan menentukan harga tanah sawah), jalan-jalan raya utama (akan menentukan kebisingan dan kebolehsampaian, dan juga sifat "fung Sui" bagi orang Cina yang sangat penting menentukan nilai sesuatu keping tanah), dan lain-lain bentuk muka bumi budaya

Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA POLITIK
• Peta politik merupakan peta yang dihasilkan untuk berbagai tujuan politik
• Peta jenis ini lazim digunakan untuk menunjukkan sempadan-sempadan politik di antara negara, negeri, daerah, mukim dan kampung
• Peta-peta sejarah yang kuno (termasuk peta-peta sejarah kini) yang mempamirkan kuasa-kuasa pengaruh sesuatu tamadun adalah jenis peta politik
• Misalnya, pengaruh-pengaruh tamadun-tamadun awal di Asia Tenggara ditunjukkan oleh sfera-sfera pengaruh tamadun Sri Vijaya, Angkor dan Langkasuka
• Satu lagi contoh peta kuno politik ialah peta yang dihasilkan oleh Ptolemy pada Abad Kedua TM.


(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA STATISTIK
•Peta Statistik atau Peta Perangkaan lazim dirujuk sebagai peta taburan sebab ia sentiasa digunakan secara meluas untuk menggambarkan taburan jumlah/bilangan sesuatu parameter
•Parameter-parameter yang diwakili adalah berbeza-beza seperti penduduk (peta demografi), galian, binatang ternakan, tumbuhan, jenis tanih, eksport dan import barangan dan lain-lain
•Pada dasarnya, peta statistik adalah peta tunggal yang berhubung dengan taburan ruangan dan saling-hubungan tentang setengah variabel daripada segi taburan geografinya
•Contoh-contoh peta statistik adalah seperti peta pertanian, peta iklim, peta petempatan, peta perlombongan dan lain-lain.

Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA KUALITATIF

Peta kualitatif bertujuan menunjukkan bentuk-bentuk bumi yang berhubung dengan lokasi masing-masing
* Secara umum, peta ini boleh dikatakan sebagai peta taburan biasa
* Contoh-contoh peta kualitatif termasuk peta litologi atau peta geologi, peta pedologi atau peta tanah-tanih dan peta tumbuhan
* Peta geologi bukan sahaja menunjukkan taburan jenis-jenis batuan di dalam sesuatu kawasan tetapi juga asal-usul setiap jenis batuan mengikut masa geologi pembentukannya
* Peta tanih pula menunjukkan taburan jenis-jenis tanih di dalam sesuatu kawasan tertentu
* Daripada taburan jenis-jenis tanih tersebut, seorang pengguna barangkali boleh menafsir tentang kesesuaian kawasan-kawasan tertentu dalam peta tersebut terhadap jenis tanaman
* Peta taburan tumbuhan pula menunjukkan taburan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi di sesuatu tempat. Daripada jenis tumbuhan yang ditunjukkan, pengguna peta dapat menafsir tentang iklim, kecerunan, ketinggian dan lain-lain sifat fizikal sesuatu tempat.

(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik - PETA KOMUNIKASI
•Peta komunikasi merupakan peta taburan pertalian-pertalian dan jaringan-jaringan pengangkutan dan perhubungan
•Bentuk-bentuk lazim yang berhubung dengan komunikasi aialh jaringan lebuhraya, jalan raya, jalan keretapi, jalan perkapalan/jalan laut, laluan penerbangan kapal terbang, laluan jalan motorsikal, laluan hutan, talian telefon, terusan dan parit, sistem sungai dan lain-lain
•Dalam komunikasi jalan raya sahaja terdapat berbagai jenis: Lebuhraya Kembar, Lebuhraya Tunggal, Jalan Kembar, jalan Tunggal, Jalan Tidak Berturap, Jalan Raya sedang dibina, Lorong Berkereta Motor dan Lorong jaklan Kaki
•Jalan keretapi pula mempunyai sekurang-kurang tiga jenis, iaitu Kembar, Tunggal dan Ringan
•Komunikasi laut pula terdapay jalan feri, dan jika feri mempunyai perkataan kereta dalam kurungan, maka ini bermaksud feri itu boleh membawa kereta selain daripada penumpang
•Contoh-contoh peta komunikasi adalah seperti berikut:

Peta-Peta Planimetrik/Planografik -PETA BANDAR/PEKAN

Peta bandar atau peta pekan lazim menunjukkan lokasi, taburan, saiz, orientasi dan susun atur sebuah bandar atau pekan
* Bandar, pekan dan petempatan lain merupakan salah satu unsur penting di dalam sebuah peta
* Peta bandar yang popular dan banyak digunakan ialah Peta Jalan, iaitu sebuah peta yang menggambarkan taburan semua jenis jalan raya di dalam sebuah bandar

Peta Jalan lazim digunakan oleh pelancong dan oleh itu sering dipanggil sebagai Peta Pelancong
* Satu contoh yang baik ialah sebuah Peta Jalan di suatu kawasan dalam Georgetown, Pulau Pinang.

(I)Peta-Peta Planimetrik/Planografik -PETA BANDAR/PEKAN
*Selain daripada Peta Jalan yang menunjukkan susun-atur sebuah bandar, sebuah Peta Bandar juga perlu menunjukkan berbagai pandang darat budaya (atau bentuk-bentuk buatan manusia) di bandar seperti stesen keretapi, stesen bas utama, lapangan terbang, jambatan-jambatan utama, sekolah-sekolah, masjid-masjid, stesen-stesen polis, pejabat-pejabat pos, klinik-klinik, hospital-hospital, tempat ibadat, sungai-sungai utama, pusat bandar, taman rekreasi, jaluran hijau, tasik, stadium dan lain-lain
* Misalnya, satu contoh Peta Bandar yang baik ialah sperti yang ditunjukkan dalam Peta Bandar Edinburgh di Scotland.

Peta-Peta Hipsometrik/Topografik – PETA ADMIRALTI
* Peta-peta jenis admiralti merupakan peta-peta yang menggambarkan ciri-ciri pesisir pantai dan laut-laut disekeliling sesebuah negara
* Lazim digunakan untuk tujuan pelayaran, baik untuk tujuan tentera mahu pun untuk tujuan ekonomi (perikanan), rekreasi (pelayaran dan kruise), sukan (perlumbaa kapal layar), saintifik (kajian samudera dan kajian laut), perlombongan minyak luar pantai dan lain-lain
* Ciri-ciri yang terkandung di dalam peta admiralti ialah bentuk-bentuk bumi pesisir pantai, kedalaman laut (dengan kontur kedalaman), bentuk-bentuk bumi bawah laut (seperti jurang, bukit dasar laut & gunung berapi dasar laut), pulau-pulau, terumbu karang, tanjung, teluk & dll
* Selain daripada ciri-ciri fizikal semula jadi, terdapat juga ciri-ciri marin dan budaya yang lain seperti arah dan hal-laju arus laut, ketinggian ombak laut, pasang-surut, rumah api, jeti, pelabuhan, bandar tepi laut (khasnya bandar pelancongan seperti Port Dickson) dan lain-lain
* Setengah peta admiralti mungkin meliputi keluasan seluruh lautan supaya dapat menunjukkan lokasi jurang lautan dan permatang-permatang bawah laut. Garisan-garisan kontur lazim digunakan untuk menunjukkan kedalaman dan bentuk-bentuk bumi tersebut.

Peta-Peta Hipsometrik/Topografik – PETA SURVEI (Rajah 13)

Peta-peta survei merupakan hasil tindanan peta survei ordinan yang mengandungi ciri-ciri relief/ketinggian (seperti garisan-garisan kontur) ke atas bentuk-bentuk muka bumi budaya seperti jalan raya, petempatan, terusan, parit dan lain-lain
* Kesemua ciri-ciri tersebut lazim ditunjukkan dengan simbol-simbol konvensyenal/biasa
* Peta survei ialah hasil sesuatu kerja ukur, baik ukur rantai, ukur kompas atau ukur meja
* Dalam kes-kes tertentu, barangkali suatu survei campuran yang mengandungi ketiga-tiga kaedah ukur akan digunakan.
Bacaan-bacaan dan rekod-rekod kerja ukur tersebut dibuat di lapangan dan kemudian kesemuanya dicatatkan di pejabat untuk menghasilkan peta survei
* Peta-peta survei lazim menunjukkan stesen-stesen ukur yang dipilih, garisan-garisan ukur, garisan-garisan semak, sudut-sudut bearing di antara stesen, dan butir-butir yang diukur (seperti bangunan, sungai, jalan raya, kolam, tasik, cerun dan lain-lain)
* Peta tersebut lazim mengandungi arah kompas dan skala
* Skala peta survei adalah biasanya merupakan Peta Berskala Besar, iaitu sebuah peta yang hanya dapat menunjukkan sesuatu kawasan kecil daripada dunia sebenar (misalnya kurang daripada 1 km2)
* Justeru itu, jika skala peta ialah 1 sm bagi 10 meter (iaitu pecahan pengimbang 1:1000, maka ianya adalah sebuah peta skala besar). Misalnya, Peta Bandar adalah sebuah peta skala besar.

Peta-Peta Hipsometrik/Topografik – PETA TOPOGRAFI (Rajah 14)
*Peta-peta topografi merupakan jenis peta yang banyak sekali digunakan oleh ahli-ahli geografi
*Berbanding dengan peta survei yang kebanyakannya merupakan peta berskala besar, kebanyakan peta topografi adalah jenis Peta Berskala Sederhana
*Misalnya, peta berskala 1:63,360 atau 1 inci bagi 1 batu, ialah sebuah peta berskala sederhana sebab ianya dapat menggambarkan suatu kawasan dunia sebenar yang sederhana luas
Kebanyakan ahli kartografi bersetuju bahawa peta yang mempunyai nisbah pengecilan kurang daripada 1:50,000 (iaitu, 1:40,000; 1:30,000: 1:25,000 dll) akan dikelaskan sebagai peta skala besar
*Oleh itu, peta topografi (1:63,360 dalam Skala Imperial dan 1:50,000 dalam Skala Metrik) adalah merupakan peta skala sederhana.

PETA SKALA KECIL:
* Semua peta yang melibatkan nisbah pengecilan 1:500,000 atau lebih (contohnya 1:750,000; 1:1,000,000; 1:1,500,000 dll) adalah dikelaskan/dikenali sebagai peta skala kecil












No comments:

Post a Comment

Post a Comment